AKTIVITI SEKOLAH



 LAPORAN SEMPENA KEM PERPADUAN 1 MALAYSIA (RIMUP) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

RIMUP mula diperkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja. Pengenalan RIMUP berlandaskan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk menjalinkan  hubugan rapat antara pelajar pelbagai kaum. Ia bertujuan untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan serta saling menghormati setiap agama adat resam yang terdapat di negara kita.
Pihak sekolah saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai Pertadingan Tarian Integerasi (RIMUP)  Sempena Kem Perpaduan 1Malaysia Peringkat KebangsaanTahun 2014. Antara sekolah yang terlibat ialah SK SERI INDERA, SJK(C) KHOON AIK dan SJK(T) KANGAR. Pelajar  dari ketiga- ketiga sekolah ini mewakili  negeri kita dengan satu  matlamat yang sama, iaitu untuk menjayakan tarian integrasi RIMUP. Jurulatih yang bersemangat  tinggi turut memberi  latihan yang secukupnya untuk memastikan tarian tersebut dapat dipersembahkan dan dipertandingkan dengan jayanya di atas pentas nanti.
Guru-guru pengiring dari ketiga-tiga sekolah ini turut membantu jurulatih bagi meringankan bebannya. Dengan sikap rajin dan berusaha, anak-anak murid kita dapat mempersembahkan tarian dengan menarik sekali. Walaupun berlainan  bangsa dan  agama tetapi  dalam tarian ia memaparkan satu bangsa  sahaja iaitu bangsa Malaysia.






Lokasi  latihan  SK SERI INDERA Kangar, Perlis


             

                                   


      
                
          Lokasi  Latihan SJK(C)  KHOON AIK


                

                       


         
  Lokasi Latihan  SJK(T) KANGAR


                     

    
              







TARIAN MELAYU
TARIAN CINA
TARIAN INDIA

No comments:

Post a Comment